Skip to main content

SULAMAN MESIN


MESIN KHAS

Mesin khas adalah mesin yang dicipta khusus untuk fungsi-fungsi tertentu. Mesin khas ini terdiri daripada berbagai-bagai jenis antaranya seperti mesin jahit sulam, mesin jahit pengemas tepi, mesin jahit kelepet, mesin jahit lubang butang, mesin jahit butang, mesin smoking dan berbagai-bagai lagi boleh diperolehi di pasaran. Mesin khas ini biasanya digunakan di dalam industri pakaian dan dapat menghasilkan produk dalam kuantiti yang besar.

1.     CONTOH-CONTOH MESIN KHAS

a)    Mesin Jahit Sulam
·       Mesin jahit sulam merupakan mesin yang dibuat khas bertujuan untuk membuat jahitan sulaman.
·       Ia terdiri daripada mesin jahit sulam manual dan mesin jahit sulam berkomputer.

                   i.        Mesin Jahit Sulam Manual Domestik
§  Ia lebih dikenali sebagai mesin jahit sulam goyang kerana cara penggunaannya ialah dengan menggerakkan bahagian yang hendak disulam secara manual.
§  Mesin ini tidak menggunakan tapak penekan jahitan.


                  ii.        Mesin Jahit Sulam Berkomputer
§  Mesin jahit ini dijalankan secara automatic setelah diprogramkan melalui sistem komputer.
§  Ia menghasilkan motif sulaman yang sama dan sekata.
§  Mesin ini juga mempunyai beberapa jenis ada kepala 1 hingga 15 dan ada jarum 9 hingga 12.
§  Mesin sulam berkomputer berfungsi setelah program telah dirancang dan direka bentuk dengan menggunakan ‘Software key’.
§  Mesin ini hendaklah diletakkan tempat yang sesuai dan kalau boleh ditempat yang berhawa dingin.
§  Ini mengelakkan benang daripada menjadi reput.
§  Penggunaan mesin sulaman industri berkomputer dapat membantu menghasilkan sulaman dalam kuantiti yang banyak dengan cepat, sekata da kemas, berbanding dengan mesin sulaman secara manual.
§  Walau bagaimanapun harga mesin ini lebih mahal berbanding dengan jenis-jenis mesin yang lain.
§  Terdapat pelbagai jenis jenama mesin sulaman yang terdapat dalam pasaran seperti Brothers, Singer, Tajima, Jenome Ricoma, Bens/Beny dan lain-lain.
§  Setiap jenama mesin sulaman berkomputer ini mempunyai cara pengendaliannya tersendiri.



                iii.        Mesin jahit sulam berkomputer kepala satu jarum dua belas
§  Mesin ini adalah mesin khas yang dicipta bertujuan untuk menghasilkan sulaman dalam kuantiti yang biasanya ditempah mengikut logo atau imej syarikat dan diprogramkan menggunakan software key.
§  Fungsinya hampir sama dengan mesin sulam jarum sembilan hingga dua belas.


                iv.        Mesin jahit sulam industri
§  Mesin jahit ini menggunakan tenaga elektrik dan telah dikhaskan untuk menyulam.
§  Kecekapan kaki dan tangan diperlukan untuk mengendalikan mesin jahit sulam industri ini.



                  v.        Mesin jahit lubang butang
§  Mesin jahit lubang butang ini berfungsi untuk membuat lubang butang secara automatic dan pantas.
§  Di samping menjahit lubang butang, ia juga boleh menebuk lubang butang dan serentak menjimatkan masa.
§  Mesin jahit lubang butang ini juga boleh dilaraskan mengikut saiz butang yang dikehendaki.


                vi.        Mesin jahit butang
§  Mesin jahit butang berfungsi khusus untuk menjahit butang.
§  Saiz butang yang hendak dijahit perlu diselaraskan pada mesin ini.
§  Mesin ini kerap digunakan di sektor industri kerana ianya dikhaskan bagi pengeluaran yang banyak.



2.   ALAT DAN BAHAN UNTUK MENYULAM

b)    Alat dan bahan yang diperlukan untuk sulaman
·       Sebelum memulakan jahitan, peralatan dan bahan haruslah disediakan serta dikenal pasti mengikut keperluan.
·       Secara tidak langsung ianya dapat mengatur masa serta mempermudahkan kerja-kerja sulaman.

ALAT DAN BAHAN
FUNGSI
BENANG SULAM 

ü  Berfungsi menghasilkan motif sulaman ke atas fabric.







 GUNTING SULAM

ü  Menggunting bahagian-bahagian tertentu dan tujuan pengemasan.
 PEMIDANG

ü  Menstabilkan ketegangan fabric agar mudah dikendalikan.
 KERTAS KARBON

ü  Digunakan untuk memindahkan motif sulaman yang telah siap dilakar.
 PENSEL SULAM

ü  Digunakan untuk melakar serta memindahkan lakaran ke fabric.
 PENEBUK LUBANG KECIL

ü  Digunakan untuk pengemasan dan menebuk lubang kecil pada sulaman.
 FABRIK

ü  Bahan utama untuk proses menyulam.

3.   KESALAHAN PADA MESIN JAHIT

                    JENIS
PUNCA
CARA MENGATASI

Jarum mesin patah

ü  Jarum tidak dipasang dengan betul.
ü  Jarum bengkok.

ü  Pasang jarum mengikut arahan.
ü  Tukar jarum baru.

Benang putus

ü  Benang kurang bermutu.
ü  Jarum tidak dipasang dengan betul.

ü  Tukar kepada benang yang lebih bermutu.
ü  Pasang jarum mengikut arahan.

Mata jahitan di atas longgar





ü  Skru sekoci longgar.
ü  Benang atas dan bawah tidak sama saiz.

ü  Ketatkan skru sekoci.
ü  Tukar benang yang sama saiz.

Mata jahitan bawah longgar

ü  Ceper pemegang benang longgar.
ü  Benang dipasang tidak mengikut turutan.

ü  Ketatkan ceper pemegang benang.
ü  Pasang benang mengikut arahan betul.

Kumpulan gelung benang pada mata jahitan

ü  Benang tidak dipasang betul.
ü  Benang digelendung tidak dipasang dengan betul.

ü  Pasang benang dengan betul.
ü  Pastikan benang pada gelendung digulung dengan betul.

Mata jahitan melompat









ü  Jarum tidsk dipasang dengan betul.
ü  Saiz jarum yang digunakan tidak sesuai untuk fabric.

ü  Pasang jarum dengan betul.
ü  Pilih saiz jarum yang sesuai.

Fabric tidak bergerak semasa menjahit

ü  Tapak tekanan mesin ketat atau longgar.
ü  Pelaras berada dalam nombor kosong.







ü  Baiki kedudukan tapak mesin.
ü  Sesuaikan mata jahitan dengan fabric yang digunakan.

Fabric berkedut

ü  Tapak tekanan mesin terlalu ketat atau longgar.
ü  Fabric digunakan terlalu nipis atau tebal.

ü  Baiki kedudukan tapak.
ü  Pastikan menggunakan jarum yang sesuai untuk jenis fabric.



4.   TEKNIK MENGGUNAKAN PEMIDANG

PEMIDANG
KAEDAH PENGGUNAAN



ü  Letakkan dan regangkan fabrik ke gelung yang lebih besar.
ü  Kemudian tekannya ke dalam.
ü  Elakkan daripada meregang fabrik pada ira menyerong.



ü  Skrukan sedikit demi sedikit sehingga betul-betul sempurna.



ü  Fabrik haruslah diregang dengan cermat agar coraknya berada di ira yang betul, tarikkan fabrik supaya tegang.



5.   PENGGUNAAN SOLDER IRON

a)    Cara penggunaan:
·       Panaskan Soldering Iron.
·       Kupas kabel.
·       Berikan tenol terlebih dahulu pada kedua ujung object yang akan kita hubungkan.
·       Sambungkan dengan soldering iron.
·       Bersihkan Tip dari Soldering Iron setiap selesai menggunakannya.

b)    Fungsi:
·       Mengubah energi listrik menjadi energi panas.

c)     Keselamatan kerja:
·       Soldering iron harus diletakkan pada stand yang disediakan sebagai langkah keselamatan.
·       Pasang plug  soldering iron ke pemacu kuasa 230-260 AU,tunggu sehingga 3-5 minit untuk memastikan iainya panas.
·       Pegang Soldering iron dengan berhati-hati mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
·       Sapu soldering paste pada mata soldering iron untuk memastikan proses mensolder berjalan lancer.
·       Mula proses pematrian diminta pastikan soldering iron diacukan pada papan bersama komponen yang hendak dipatri dengan berhati-hat.
·       Jika berlaku kesilapan semasa proses pematrian sila guna sucker untuk menyedut flux yang terlekat dengan komponen dalam litar tersebut dengan berhati-hati.
·       Cabut kaki komponen dengan menggunakan cutter yang terlebih agar proses kerja kemas.
·       Sila pastikan litar bersih dari sebarang kekotoran flux atau lebihan kaki komponen supaya tidak menjejaskan fungsi litar semasa mengujian.
·       Tutup suis soldering iron dan uji litar

Comments

Popular posts from this blog

DRAPING

1.1  SEJARAH DRAPING      Draping adalah proses mengubah reka bentuk pakaian menjadi bentuk 3 dimensi. Seni mengembalikan ke tarikh 3500 SM, bermula dengan Mesir Kuno. Fesyen Yunani diikuti dengan ciptaan silhouettes yang terbungkus seperti chiton, peplos, chlamys dan himation. Rom Purba mencipta draping, panjang kain yang membungkus dan mengikat badan.                      Sepanjang zaman, pakaian dikategorikan sebagai "dipasang" atau "terbungkus." Pakaian "dipasang" akan dijahit bersama dan dipakai dekat dengan tubuh, berbeza dengan pakaian "terbungkus", seperti draping yang tidak memerlukan jahitan. Dalam dunia fesyen hari ini, kedua-dua pakaian yang dipasang dan terbungkus boleh menggunakan proses draping.      Draping telah menjadi ciri beberapa pereka terkenal yang bermula dengan Madame Grès, yang dikenali sebagai "Ratu Drape". Koleksinya yang disempurnakan pakaian jersi sutera yang diilhamkan oleh Grecian menggunakan

PAKAIAN KONTEMPORARI

DEFINISI PAKAIAN KONTEMPORARI      Pakaian kontemporari bermaksud pakaian moden yang telah diubahsuai mengikut peredaran masa kini. Kontemporari rekaan pakaian lebih ringkas dengan gabungan ciri stail pakaian terkini. Gabungan warna polos dan bercorak dapat menaikkan seri pakaian. Hiasan tambahan seperti butang, labuci dan manic akan menyerlahkan lagi rekaan pakaian tersebut. Rekaan pakaian kontemporari sesuai dipakai untuk majlis-majlis tertentu. Ia juga sesuai dipakai untuk majlis rasmi atau tidak rasmi mengikut cirri stail pakaian.      Potongan ala blaus, ala kebaya, ala kurung dapat digabungkan dengan cirri stail pakaian lain bagi menaikkan seri si pemakai. Kombinasi pakaian kontemporari sesuai dipadankan dengan pelbagai variasi sarung atau skirt mengikut kesesuaian rekaan dan tujuannya. BAJU KURUNG MODEN      Baju Kurung Moden adalah antara variasi baju kurung. Baju Kurung Moden adalah pakaian yang telah mengalami perubahan mengikut gaya fesyen pada masa kini. L

SELUAR SLEK

PENGENALAN      Definisi Pakaian Kasual adalah pakaian santai, denim dan adakalanya western. Selain itu, pakaian kasual juga terdiri daripada blaus, skirt dan slek. Pakaian ini mula dipakai pada tahun 1860-an. Skirt ialah pakaian yang biasa digunakan dalam kehidupan seharian. Ia juga sesuai dipakai ketika bersiar-siar, berkelah dan juga ke pejabat. Kepelbagaian corak dan bentuk dapat menarik perhatian orang ramai untuk memiliki skirt. Blaus bermaksud baju pendek bagi orang perempuan di mana ukurannya dari leher ke punggung. Blaus juga boleh disesuaikan dengan skirt, slek dan sarung. Blaus direka dengan pelbagai stail dan boleh dipakai secara kasual atau formal bergantung pada pilihan fabrik dan hiasan.      Definisi Seluar Slek ialah seluar panjang. Slek merupakan pakaian yang sangat popular di pakai oleh golongan lelaki dan perempuan. Slek mula dipakai pada abad ke-18 bagi kaum lelaki dan abad ke-19 bagi kaum wanita. Slek boleh dipadankan dengan kemeja, blaus, jaket dan juga