Skip to main content

SELUAR SLEK


PENGENALAN

     Definisi Pakaian Kasual adalah pakaian santai, denim dan adakalanya western. Selain itu, pakaian kasual juga terdiri daripada blaus, skirt dan slek. Pakaian ini mula dipakai pada tahun 1860-an. Skirt ialah pakaian yang biasa digunakan dalam kehidupan seharian. Ia juga sesuai dipakai ketika bersiar-siar, berkelah dan juga ke pejabat. Kepelbagaian corak dan bentuk dapat menarik perhatian orang ramai untuk memiliki skirt. Blaus bermaksud baju pendek bagi orang perempuan di mana ukurannya dari leher ke punggung. Blaus juga boleh disesuaikan dengan skirt, slek dan sarung. Blaus direka dengan pelbagai stail dan boleh dipakai secara kasual atau formal bergantung pada pilihan fabrik dan hiasan.

     Definisi Seluar Slek ialah seluar panjang. Slek merupakan pakaian yang sangat popular di pakai oleh golongan lelaki dan perempuan. Slek mula dipakai pada abad ke-18 bagi kaum lelaki dan abad ke-19 bagi kaum wanita. Slek boleh dipadankan dengan kemeja, blaus, jaket dan juga blazer. Pakaian ini amat sesuai untuk melakukan aktiviti harian seperti bersiar-siar, membeli-belah, berkelah, bersukan ataupun ketika menguruskan rumah. Terdapat pelbagai garis stail seperti sama sendat, palazo, baggy, clown, pensel, oxford dan kembang. Slek boleh dijadikan pakaian kasual atau formal bergantung pada pilihan jenis fabrik dan corak.



1.   LIMA JENIS REKAAN TERKINI SELUAR SLEK

                                                               
         a) Seluar Sama Sendat                                                                b) Seluar Palazo

                                                                  
           c) Seluar Pensel                                                                           d) Seluar Oxford

                                                 
e) Seluar Kembang

2.   CIRI STAIL SELUAR SLEK

                                    
a) Cangkuk dan Palang                                                       b) Ikatan Pinggang

                        
c) Kocek Separa Tersembunyi                                                d) Kocek Tampal

                                      
e) Lisu Pemadan Tergantung                                                   f) Kelepet Lurus


3.   JENIS FABRIK YANG SESUAI UNTUK SELUAR SLEK

                                        
           a) Fabrik Denim                                                          b) Fabrik Corduroy

                                         
              c) Fabrik Drill                                                           d) Fabrik Linen

                              
                 e) Fabrik Rayon                                                        f) Fabrik Polyester   

4.   HIASAN YANG SESUAI UNTUK SELUAR SLEK

                   
                   a) Zip                                                                    b) Butang

                
         c) Manik Tampal                                                    d) Cangkuk dan Palang

e) Sulaman

Comments

Popular posts from this blog

DRAPING

1.1  SEJARAH DRAPING      Draping adalah proses mengubah reka bentuk pakaian menjadi bentuk 3 dimensi. Seni mengembalikan ke tarikh 3500 SM, bermula dengan Mesir Kuno. Fesyen Yunani diikuti dengan ciptaan silhouettes yang terbungkus seperti chiton, peplos, chlamys dan himation. Rom Purba mencipta draping, panjang kain yang membungkus dan mengikat badan.                      Sepanjang zaman, pakaian dikategorikan sebagai "dipasang" atau "terbungkus." Pakaian "dipasang" akan dijahit bersama dan dipakai dekat dengan tubuh, berbeza dengan pakaian "terbungkus", seperti draping yang tidak memerlukan jahitan. Dalam dunia fesyen hari ini, kedua-dua pakaian yang dipasang dan terbungkus boleh menggunakan proses draping.      Draping telah menjadi ciri beberapa pereka terkenal yang bermula dengan Madame Grès, yang dikenali sebagai "Ratu Drape". Koleksinya yang disempurnakan pakaian jersi sutera yang diilhamkan oleh Grecian menggunakan

PAKAIAN KONTEMPORARI

DEFINISI PAKAIAN KONTEMPORARI      Pakaian kontemporari bermaksud pakaian moden yang telah diubahsuai mengikut peredaran masa kini. Kontemporari rekaan pakaian lebih ringkas dengan gabungan ciri stail pakaian terkini. Gabungan warna polos dan bercorak dapat menaikkan seri pakaian. Hiasan tambahan seperti butang, labuci dan manic akan menyerlahkan lagi rekaan pakaian tersebut. Rekaan pakaian kontemporari sesuai dipakai untuk majlis-majlis tertentu. Ia juga sesuai dipakai untuk majlis rasmi atau tidak rasmi mengikut cirri stail pakaian.      Potongan ala blaus, ala kebaya, ala kurung dapat digabungkan dengan cirri stail pakaian lain bagi menaikkan seri si pemakai. Kombinasi pakaian kontemporari sesuai dipadankan dengan pelbagai variasi sarung atau skirt mengikut kesesuaian rekaan dan tujuannya. BAJU KURUNG MODEN      Baju Kurung Moden adalah antara variasi baju kurung. Baju Kurung Moden adalah pakaian yang telah mengalami perubahan mengikut gaya fesyen pada masa kini. L