Skip to main content

PENGUBAHSUAIAN PAKAIAN


PENGENALAN
     Pengubahsuaian pakaian ialah satu proses menjahit semula pakaian yang telah siap pada bahagian tertentu yang tidak selesa apabila dipakai. Tujuan ubahsuai pakaian dibuat ialah menambahkan keselesaan kepada pemakai, agar pakaian kelihatan lebih baru, menjadikan pakaian lebih mengikut perkembangan stail semasa, pengubahsuaian pakaian mengikut kreativiti dan imaginasi pereka fesyen, pengubahsuaian pakaian mengikut elemen yang ingin ditonjolkan dan keunikan rekaan yang berbeza dari rekaa asal.
     Kaedah pengubahsuaian yang boleh dibuat adalah seperti memanjangkan dan memendekkan pakaian, mengecil dan membesarkan pakaian, menjahit manik/labuci pada bahagian badan tertentu, menggunakan bahan trimin seperti renda, ropol, pita dan piring, membuat penambahan stail pakaian seperti kocek, lisu perhiasan, godet dan bahu berbibir, menjahit butang perhiasan dan menjahit sulam tangan dan sulam mesin.
     Ubahsuian pakaian boleh dibuat dengan dua kaedah iaitu ubahsuai pada pola dan ubahsuai terus pada pakaian. Pola asas adalah lakaran rajah pada kertas yang berpandukan ukuran badan tertentu untuk menghasilkan sesuatu rekaan pakaian. Pola asas dilakar mengikut ukuran badan yang tepat ditambah kelegaan. Bahagian badan pola asas yang boleh diubahsuai ialah pola asas badan hadapan dan belakang, pola asas lengan, pola asas skirt, pola asas seluar.
     Kaedah pengubahsuaian pola dibuat dengan berbagai-bagai teknik iaitu membuat garis menggunting, membuat lipatan, memanjang dan memendekka bahagian pola, membesar dan mengecilkan bahagian pola, dan membuat tindanan.
     Pengubahsuaian serta stail memerlukan kreativiti terutama dari sudut kemahuan serta cita rasa dan nasihat dari pereka fesyen atau rujukan dari mana-mana majalah dan individu yang pakar dalam perkara ini. Mereka stail baharu seperti menambahkan stail pada pakaian iaitu contohnya dijadikan skirt, skirt berlisu dijadikan skirt potongan A, seluar dijadikan jumpsuit, dan blaus dijadikan cardigan.



ALATAN DAN BAHAN UNTUK DI RE-STYLE


Alatan

Pita ukur

·       Alat untuk mengukur bahagian pakaian yang perlu dibuat pengubahsuian.

Pembaris

·       Membuat garisan lurus dengan tepat.

Pembaris melengkung

·       Membuat dan membentuk garis melengkung dalam kerja mendraf pola dan penyesuaian pola.

Pembaris sesiku L

·       Untuk mendapatkan sudut tepat.

Gunting fabrik

·       Memotong lebihan fabrik untuk tujuan pengemasan.

Gunting kertas

·       Untuk menggunting kertas dan pola.

Kacip benang

·       Digunakan untuk mengemas tepi kain agar tidak berjerumbai

Roda surih

·       Ia digunakan untuk memindahkan garis pemadan ke fabrik, tanda dan garis lain dalam kerja membuat penyesuaian pola.





Jarum peniti

·       Digunakan untuk menyemat kepingan pola pada fabrik.

Seterika

·       Alat untuk menekan pakaian untuk kekemasan.

Peretas kelim

·       Alat untuk menetas bahagian yang perlu diubahsuai.

Jarum mesin

·       Menjahit jahitan mesin.

Jarum tangan

·       Menjahit jahitan biasa seperti menjahit jelujur.

Mesin jahit

·       Digunakan untuk menjahit sewaktu proses pengubahsuaian dilakukan.

Sekoci mesin jahit

·        Sekoci, diletakkan di bahagian bawah dalam mesin jahit, sebagai rumah spul.

Spul benang jahit

·       Spul adalah tempat menyimpan benang bahagian bawah sedangkan sekoci adalah tempat meyematkan spul..

Tapak mesin jahit

·       Bagi pengguna mesin jahit, anda boleh pelbagaikan dan memudahkan jahitan anda dengan bantuan tapak-tapak mesin.

Mesin jahit pengemas tepi

·       Digunakan untuk jahit tepi.

Meja kerja

·       Digunakan untuk membentang fabrik dan kertas untuk melakukan kerja mendraf pola.
Patung mannequin

·       Digunakan untuk mengambil ukuran badan dan menyarungkan pakaian.


Bahan

Kertas karbon

·       Digunakan untuk memindahkan tanda pola ke fabrik.

Kapur tukang jahit

·       Alat untuk menanda pada fabrik.

Benang

·       Digunakan untuk proses penyabungan fabrik.

Fabrik

·       Pemilihan fabrik yang sesuai dengan stail yang akan diubahsuai.

Manik tampal

·       Boleh ditampal pada bahagian hadapan, garis leher, hujung lengan dan bahagian bawah baju.

Horsehair

·       Boleh ditambah pada bahagian bawah skirt, slek, blaus dan hujung lengan pakaian.

Pensel 2B

·       Digunakan untuk melukis lakaran dan mendraf pola.

Getah pemadam

·       Diperlukan untuk memadam garis yang tidak diperlukan pada lakaran dan pola.










Kertas perang

·       Kertas perang yang nipis digunakan untuk mendraf pola.

Pensel warna

·       Digunakan untuk mewarna lakaran.
Kertas A4

·       Digunakan untuk melakar pakaian.
Croquis

·       Digunakan untuk menekap bagi menghasilkan lakaran stail pakaian.


Design marker

·       Digunakan untuk melakar.






MELAKAR DAN MEWARNA PAKAIAN YANG AKAN DI RE-STYLE


Melakar pakaian


Mewarna lakaran



LAPORAN BERGAMBAR SETIAP KAEDAH MENJAHIT
RE-STYLE PAKAIAN YANG DIHASILKAN

Antara kaedah yang boleh digunakan dalam pengubahsuaian pakaian adalah seperti berikut:

1.     Pakaian asal (jubah)

·       Mencari jubah terpakai yang tidak mahu dipakai lagi.
2.     Melakar pakaian.

·       Menggunakan croquis yang sesuai.
·       Menambahkan ciri stail yang sesuai untuk pengubahsuaian pakaian.
·       Melakar pakaian yag dikehendaki dan warnakan lakaran tersebut.
3.     Memilih fabrik.





·       Memilih fabrik yang sesuai untuk penambahan stail pada pakaian.
4.     Mengambil ukuran badan.

·       Mengambil ukuran di sebelah kanan badan.
·       Mengambil ukuran labuh bahu mendatang.
·       Mengambil ukuran labuh baju yang dikehendaki.
·       Mengambil ukuran dari bahu hingga ke siku.
·       Mengambil ukuran labuh lengan yang dikehendaki.
·       Mencatat semua ukuran yang diambil dengan betul.

5.     Mendraf pola.


  • Meratakan kertas perang di atas permukaan yang rata.
  • Menggunakan formula mendraf pola.
  • Mendraf pola kedut lepas bahagian bawah badan hadapan.
  • Mendraf pola kedut lepas bahagian bawah badan belakang.
  • Mendraf pola lengan kembang payung bahagian bawah.
  • Melengkapkan tanda pola
.
6.     Menggunting pola.



·       Memastikan gunting kertas yang digunakan tajam.
·       Memastikan menggunting pola di atas permukaan yang rata.
·       Menggunting pola mengikut peraturannya.
7.     Menyusun atur pola.

·       Membentangkan fabrik di atas permukaan yang rata.
·       Mengenal pasti ira lurus fabrik.
·       Mengenalpasti tanda pola.
·       Menyusun atur pola yang paling besar dahulu diikuti yang kecil.
·       Menyematkan setiap pola yang sudah disusun di atas fabrik.

8.     Menggunting fabrik.

·       Memastikan gunting fabric yang digunakan tajam.
·       Menggunting fabrik di atas permukaan yang rata.
·       Meletakkan satu tapak tangan di atas fabrik supaya tidak bergerak ketika menggunting fabrik.
·       Menggunakan pemberat bagi megelakkan pergerakan fabrik.

9.     Menanda tanda pola pada fabrik.









·       Memindahkan tanda pola ke fabrik.
·       Menggunakan roda surih dan kertas karbon yang warna berlainan dengan fabrik.
10.  Menggunting pakaian asal.

·       Menggunting pakaian asal mengikut ukuran yang telah diambil.
·       Memastikan menggunting meninggalkan basi bagi proses mencantum.
·       Menandakan garis pemadan.
11.  Menjahit tepi pakaian.

·       Menggunakan benang yang sesuai dengan fabrik.
·       Memastikan menggunakan mesin pengemas tepi mengikut prosedur.
·       Menjahit tepi pakaian bagi mengemaskan tepi fabrik.
·       Mengemaskan setiap kepingan fabric.

12.  Menjahit jelujur tangan.











·       Menjahit jelujur tangan untuk sementara.
·       Menggunakan benang warna lain dari fabrik asal.
·       Memudahkan proses menjahit mesin.
·       Memastikan kepingan fabrik mencukupi.
13.  Menjahit pakaian.

·       Menjahit mesin bagi proses mencantum.
·       Menggunakan mesin jahit mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
·       Menggunakan benang jahit mengikut warna fabrik.
·       Menjahit di bahagian yang ditanda dengan tepat.
·       Mencantum badan bahagian atas dengan kedut lepas bahagian bawah.
·       Mencantum lengan bahagian atas dengan lengan kembang payung bahagian bawah.
·       Mencantum reben di sisi pakaian.

14.  Menambahkan hiasan

·       Menjahit sequin di bahagian bawah pakaian.
·       Menampal manik di bahagian lengan.
15.  Menekan kelim.


·       Menggunakan seterika mengikut prosedur.
·       Menggosok pakaian di atas permukaan yang rata.
·       Menggosok pakaian menggunakan proses menekan.
·       Menekan kelim yang baru dijahit untuk mendapat kekemasan.

Comments

  1. As claimed by Stanford Medical, It's really the one and ONLY reason women in this country get to live 10 years more and weigh 42 lbs less than we do.

    (And realistically, it has NOTHING to do with genetics or some hard exercise and absolutely EVERYTHING about "HOW" they are eating.)

    BTW, What I said is "HOW", not "WHAT"...

    CLICK this link to determine if this short quiz can help you release your real weight loss potential

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

DRAPING

1.1  SEJARAH DRAPING      Draping adalah proses mengubah reka bentuk pakaian menjadi bentuk 3 dimensi. Seni mengembalikan ke tarikh 3500 SM, bermula dengan Mesir Kuno. Fesyen Yunani diikuti dengan ciptaan silhouettes yang terbungkus seperti chiton, peplos, chlamys dan himation. Rom Purba mencipta draping, panjang kain yang membungkus dan mengikat badan.                      Sepanjang zaman, pakaian dikategorikan sebagai "dipasang" atau "terbungkus." Pakaian "dipasang" akan dijahit bersama dan dipakai dekat dengan tubuh, berbeza dengan pakaian "terbungkus", seperti draping yang tidak memerlukan jahitan. Dalam dunia fesyen hari ini, kedua-dua pakaian yang dipasang dan terbungkus boleh menggunakan proses draping.      Draping telah menjadi ciri beberapa pereka terkenal yang bermula dengan Madame Grès, yang dikenali sebagai "Ratu Drape". Koleksinya yang disempurnakan pakaian jersi sutera yang diilhamkan oleh Grecian menggunakan

PAKAIAN KONTEMPORARI

DEFINISI PAKAIAN KONTEMPORARI      Pakaian kontemporari bermaksud pakaian moden yang telah diubahsuai mengikut peredaran masa kini. Kontemporari rekaan pakaian lebih ringkas dengan gabungan ciri stail pakaian terkini. Gabungan warna polos dan bercorak dapat menaikkan seri pakaian. Hiasan tambahan seperti butang, labuci dan manic akan menyerlahkan lagi rekaan pakaian tersebut. Rekaan pakaian kontemporari sesuai dipakai untuk majlis-majlis tertentu. Ia juga sesuai dipakai untuk majlis rasmi atau tidak rasmi mengikut cirri stail pakaian.      Potongan ala blaus, ala kebaya, ala kurung dapat digabungkan dengan cirri stail pakaian lain bagi menaikkan seri si pemakai. Kombinasi pakaian kontemporari sesuai dipadankan dengan pelbagai variasi sarung atau skirt mengikut kesesuaian rekaan dan tujuannya. BAJU KURUNG MODEN      Baju Kurung Moden adalah antara variasi baju kurung. Baju Kurung Moden adalah pakaian yang telah mengalami perubahan mengikut gaya fesyen pada masa kini. L

SELUAR SLEK

PENGENALAN      Definisi Pakaian Kasual adalah pakaian santai, denim dan adakalanya western. Selain itu, pakaian kasual juga terdiri daripada blaus, skirt dan slek. Pakaian ini mula dipakai pada tahun 1860-an. Skirt ialah pakaian yang biasa digunakan dalam kehidupan seharian. Ia juga sesuai dipakai ketika bersiar-siar, berkelah dan juga ke pejabat. Kepelbagaian corak dan bentuk dapat menarik perhatian orang ramai untuk memiliki skirt. Blaus bermaksud baju pendek bagi orang perempuan di mana ukurannya dari leher ke punggung. Blaus juga boleh disesuaikan dengan skirt, slek dan sarung. Blaus direka dengan pelbagai stail dan boleh dipakai secara kasual atau formal bergantung pada pilihan fabrik dan hiasan.      Definisi Seluar Slek ialah seluar panjang. Slek merupakan pakaian yang sangat popular di pakai oleh golongan lelaki dan perempuan. Slek mula dipakai pada abad ke-18 bagi kaum lelaki dan abad ke-19 bagi kaum wanita. Slek boleh dipadankan dengan kemeja, blaus, jaket dan juga