Skip to main content

PAKAIAN HAMIL


PENGENALAN
SEJARAH PAKAIAN HAMIL
     Pada tahun 1952, Lucille Ball membuat sejarah sebagai wanita yang pertama mempamerkan perut hamilnya di televisyen dalam rancangan "I Love Lucy". Ini adalah permulaan sebuah tahun di mana kehamilan menjadi sesuatu yang diraikan dan dipamerkan.
     Pada zaman dahulu, pakaian hamil umumnya dianggap kurang menguntungkan bagi pengeluar pakaian. Malah, wanita hamil selalu menjahit sendiri pakaian mereka.
    Pada 50 tahun kemudian, pakaian hamil direka untuk menonjolkan bentuk badan wanita hamil. Beberapa supermodel dan pelakon terkenal juga tidak segan untuk memakai pakaian hamil ketika mengandung. Sepanjang tahun 50-an, pinafores yang elegan dan selalu dijual di kedai-kedai nursery popular dalam kalangan wanita hamil. Tapi model pakaian hamil masih sedikit dan terhad. Pada tahun 1960-an, mini dress berkancing dan rompi lebar elegan menjadi pilihan kalangan wanita.
     Pakain dari fabrik polyester kemudian menjadi rakan terbaik wanita hamil pada tahun 1970-an, dengan seluar bersalin melar, seluar pendek, dan tunik menjadi popular.
     Pada tahun 1982, ketika Putri Diana sedang mengandung Putera William, seluruh dunia menyaksikan dan mencatat bagaimana Putri berpakaian dalam shirtdresses yang besar dan longgar sepanjang betis.
     Pada tahun 1990-an, minat pihak media pada kehamilan artis semakin berkembang dan pasaran pakaian hamil pun semakin berkembang. Kebanyakan artis hamil nampak lebih bergaya dalam pakaian hamil. Mereka memakai pakaian dan seluar ketat yang menampakkan benjolan bayi mereka dan bentuk badan mereka.
     Pada tahun 2006, bekas head of clothing di Marks & Spencer, Kate Bostock menjelaskan kepada Guardian, "Pada masa kini, wanita bekerja sepanjang hamil dan melakukan perjalanan, serta pergi ke gym sehingga keperluan pakaian mereka lebih banyak dan lebih ciri stail."
     Dan fabrik berteknologi tinggi, seperti fabrik elastane membolehkan pakaian menyesuaikan diri pada perut wanita hamil, seperti dilansir Dailymail.

CIRI-CIRI STAIL PAKAIAN HAMIL
KEDUT LEPAS 
·       Kedut lepas digunakan untuk mengawal atau mengimbangkan lebihan fabrik, memudahkan pergerakan, dan sebagai hiasan.

·       Kedut lepas dihasilkan dengan cara menarik satu atau dua baris jahitan mesin longgar atau jelujur halus.

·       Kedut lepas sesuai untuk fabrik lembut dan halus.

·       Kedut lepas memerlukan fabrik yang banyak, sekurang-kurangnya dua atau tiga kali ganda daripada ukuran yang siap.

·       Kedut lepas akan bergantung dengan elok jika dibuat mengikut ira halus.


YOKE HADAPAN 
·       Garis hias yoke adalah garis hias.

·       Mempunyai potongan horizontal pada bahu.

·       Biasanya yoke dipakai sebagai aksesoris tambahan




LENGAN GELEMBUNG
·       Lengan merupakan sebahagian daripada baju tetapi terdapat juga baju yang tidak berlengan kerana mengikut fesyen.

·       Lengan gelembung iaitu bentuk lengan yang memiliki kerut pada bahagian bahu atau bahagian bawahnya.

·       Jenis lengan ini biasa digunakan pada pakaian anak mahupun pakaian dewasa.



KOLAR ETON
·       Kolar biasanya mempunyai dua lapisan fabric.

·       Permukaan kolar rata.

·       Kolar terletak rata dan kemas di garis leher.

·       Bahagian kanan dan kiri kolar hendaklah seimbang.

·       Kedua-dua hujung kolar sama lebar.

·       Kolar bawah tidak kelihatan di tepi kolar.

·       Cantuman kelim kolar tidak beralur.



KELEPET KECIL 
·       Penyudah tepi ialah satu proses yang digunakan di hujung pakaian atau tepi artikel.

·       Tujuan penyudah tepi adalah untuk mengukuh, mengemas dan menghias.


BUTANG DAN LUBANG BUTANG 
·       Kancing digunakan untuk membuka dan menutup belah pada pakaian.

·       Butang berlubang terbahagi kepada dua iaitu dua lubang dan empat lubang.

·       Dijahit pada baju supaya udah dipakai dan dilucutkan.

·       Dibuat daripada plastik, kayu dan kulit.

FABRIK YANG SESUAI UNTUK PAKAIAN HAMIL


FABRIK KAPAS
Kekuatan
·       Murah harganya dan senang didapati.
·       Bersesuaian ,kukuh dan tahan lasak.
·       Ia mudah menyerap pencelup dan boleh diberi pelbagai kemasan khas.
·       Ia tidak mudah rosak jika terkena alkali.
·       Ia mudah mnyerap lembapan.
Kelemahan
·       Gentian kapas mempunyai sedikit kuasa pegas.
·       Ia mudah menjadi tepu dengan lembapan kecuali diberi rawatan khas.
·        Jika disimpan sewaktu masih lembap, ia mudah bertahi lalat.
·       Gentian tumbuhan kapas mudah menyala dan terbakar dengan bau seperti kertas terbakar.
·        Fabrik yang ditenun longgar mungkin kecut apabila dibasuh.


FABRIK POLYESTER
Kekuatan
·       Tahan lama.
·       Cepat kering.
·       Tidak mudah melar.
·       Tidak mudah kusut apabila dicuci serta tahan terhadap bakteri, jamur dan air.
Kelemahan
·       Tidak tahan terhadap suhu panas.
·       Mudah terbakar
·       Memiliki dampak kurang baik untuk kesihatan apabila digunakan secara terus menerus sebagai tempat makan atau air minum yang sudah digunakan berulang kali oleh penggunanya.

FABRIK SATIN
Kekuatan
·       Bahan satin mempunyai tektur yang lembut dan halus apabila disentuh.
·       Kain satin ini mempunyai bahan yang ringan.
·       Kain jenis ini lembut dikulit serta selesa dipakai.

Kelemahan
·       Kerana kain satin bahannya licin, sering sukar untuk dijahit.
·       Pencuciannya hanya boleh dicuci dengan tangan.
·       Menyetrika dengan berhati-hati jika tidak mahu merosakkan kainnya.


FABRIK JERSEY
Kekuatan
·       Mempunyai karakteristik yang lebut dan ringan.
·       Nyaman dipakai kerana bahannya dingin dan jatuh.
·       Bahan ini mudah sekali kering.
·       Tidak perlu diseterika kerana tidak mudah kusut.
Kelemahan
·       Melekat di lekuk tubuh anda.
·       Mudah rosak jika terlalu sering diseterika.
·        Cenderung membentuk lekuk tubuh sehingga disarankan untuk menggunakan baju dalaman di dalamnya.

FABRIK KOSHIBO
Kekuatan
·       Kain Koshibo ini texturnya lembut.
·       Berkarakter crepe dengan kesan berpasir. 
·       Udara masih boleh masuk melalui serat-serat kain sehingga pemakainya tidak merasa panas.
·       Kain Kashibo termasuk kedalam kategori kain yang ringan hingga sedang beratnya. 

Kelemahan
·       Kain ini adalah terlihat tembus pandang atau transparan.
·       Warna-warnanya tidak mencorong atau tajam tetapi malah berkesan pudar.
·       Kain jenis ini adalah cepat kusam jika berlama-lama dikenai sinar matahari dengan langsung.
JENIS HIASAN YANG SESUAI UNTUK PAKAIAN HAMIL

KOCEK TAMPAL
      Dibuat daripada kepingan fabrik yang dijahit pada bahagian luar pakaian.

·       Kocek tampal digunakan untuk menyimpan barang, sebagai hiasan.

·       Menutup bahagian pakain yang rosak.


LACE
·       Renda adalah kain halus yang diperbuat daripada benang atau benang dalam corak web yang terbuka, dibuat oleh mesin atau dengan tangan.
 
·       Mulanya linen, sutera, emas, atau perak digunakan.
 
·       Sekarang renda sering dibuat dengan benang kapas, walaupun benang linen dan sutera masih ada. 
 
·       Renda yang dihasilkan boleh dibuat daripada serat sintetik. 
 
·       Beberapa artis moden membuat renda dengan dawai tembaga atau perak yang halus dan bukan benang.


SULAMAN
·       Sulaman adalah hiasan yang dibuat di atas kain atau bahan-bahan lain dengan jarum jahit dan benang. 
 
·       Sulaman dibuat dengan mesin jahit dan Mesin sulaman komputer.
 
·       Kain dan benang yang digunakan untuk seni sulaman berbeza-beza mengikut tempat dan negara.
 
·        Sejak beribu-ribu tahun yang lalu, kain atau bedang dari wol, linen, dan sutera sudah dipakai untuk membuat sulaman. 
 
·       Selain benang dari bulu, linen, dan sutera, sulaman moden menggunakan benang sulam daripada kapas atau rayon.

Comments

Popular posts from this blog

DRAPING

1.1  SEJARAH DRAPING      Draping adalah proses mengubah reka bentuk pakaian menjadi bentuk 3 dimensi. Seni mengembalikan ke tarikh 3500 SM, bermula dengan Mesir Kuno. Fesyen Yunani diikuti dengan ciptaan silhouettes yang terbungkus seperti chiton, peplos, chlamys dan himation. Rom Purba mencipta draping, panjang kain yang membungkus dan mengikat badan.                      Sepanjang zaman, pakaian dikategorikan sebagai "dipasang" atau "terbungkus." Pakaian "dipasang" akan dijahit bersama dan dipakai dekat dengan tubuh, berbeza dengan pakaian "terbungkus", seperti draping yang tidak memerlukan jahitan. Dalam dunia fesyen hari ini, kedua-dua pakaian yang dipasang dan terbungkus boleh menggunakan proses draping.      Draping telah menjadi ciri beberapa pereka terkenal yang bermula dengan Madame Grès, yang dikenali sebagai "Ratu Drape". Koleksinya yang disempurnakan pakaian jersi sutera yang diilhamkan oleh Grecian menggunakan

PAKAIAN KONTEMPORARI

DEFINISI PAKAIAN KONTEMPORARI      Pakaian kontemporari bermaksud pakaian moden yang telah diubahsuai mengikut peredaran masa kini. Kontemporari rekaan pakaian lebih ringkas dengan gabungan ciri stail pakaian terkini. Gabungan warna polos dan bercorak dapat menaikkan seri pakaian. Hiasan tambahan seperti butang, labuci dan manic akan menyerlahkan lagi rekaan pakaian tersebut. Rekaan pakaian kontemporari sesuai dipakai untuk majlis-majlis tertentu. Ia juga sesuai dipakai untuk majlis rasmi atau tidak rasmi mengikut cirri stail pakaian.      Potongan ala blaus, ala kebaya, ala kurung dapat digabungkan dengan cirri stail pakaian lain bagi menaikkan seri si pemakai. Kombinasi pakaian kontemporari sesuai dipadankan dengan pelbagai variasi sarung atau skirt mengikut kesesuaian rekaan dan tujuannya. BAJU KURUNG MODEN      Baju Kurung Moden adalah antara variasi baju kurung. Baju Kurung Moden adalah pakaian yang telah mengalami perubahan mengikut gaya fesyen pada masa kini. L

SELUAR SLEK

PENGENALAN      Definisi Pakaian Kasual adalah pakaian santai, denim dan adakalanya western. Selain itu, pakaian kasual juga terdiri daripada blaus, skirt dan slek. Pakaian ini mula dipakai pada tahun 1860-an. Skirt ialah pakaian yang biasa digunakan dalam kehidupan seharian. Ia juga sesuai dipakai ketika bersiar-siar, berkelah dan juga ke pejabat. Kepelbagaian corak dan bentuk dapat menarik perhatian orang ramai untuk memiliki skirt. Blaus bermaksud baju pendek bagi orang perempuan di mana ukurannya dari leher ke punggung. Blaus juga boleh disesuaikan dengan skirt, slek dan sarung. Blaus direka dengan pelbagai stail dan boleh dipakai secara kasual atau formal bergantung pada pilihan fabrik dan hiasan.      Definisi Seluar Slek ialah seluar panjang. Slek merupakan pakaian yang sangat popular di pakai oleh golongan lelaki dan perempuan. Slek mula dipakai pada abad ke-18 bagi kaum lelaki dan abad ke-19 bagi kaum wanita. Slek boleh dipadankan dengan kemeja, blaus, jaket dan juga