Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2018

PENGUBAHSUAIAN PAKAIAN

PENGENALAN      Pengubahsuaian pakaian ialah satu proses menjahit semula pakaian yang telah siap pada bahagian tertentu yang tidak selesa apabila dipakai. Tujuan ubahsuai pakaian dibuat ialah menambahkan keselesaan kepada pemakai, agar pakaian kelihatan lebih baru, menjadikan pakaian lebih mengikut perkembangan stail semasa, pengubahsuaian pakaian mengikut kreativiti dan imaginasi pereka fesyen, pengubahsuaian pakaian mengikut elemen yang ingin ditonjolkan dan keunikan rekaan yang berbeza dari rekaa asal.      Kaedah pengubahsuaian yang boleh dibuat adalah seperti memanjangkan dan memendekkan pakaian, mengecil dan membesarkan pakaian, menjahit manik/labuci pada bahagian badan tertentu, menggunakan bahan trimin seperti renda, ropol, pita dan piring, membuat penambahan stail pakaian seperti kocek, lisu perhiasan, godet dan bahu berbibir, menjahit butang perhiasan dan menjahit sulam tangan dan sulam mesin.       Ubahsuian pakaian boleh dibuat dengan dua kaedah iaitu ubahsuai pada