Skip to main content

PAKAIAN KEMEJA


OFFICE WEAR

     Pakaian merupakan salah satu keperluan asas manusia iaitu berfungsi untuk melindungi tubuh dari kepanasan, kesejukan serta ancaman-ancaman lain. Hiasan diri pula digunakan dan dipakai sebagai pelengkap kostum dan menyerikan lagi si pemakai. Bagi masyarakat Melayu, pakaian dan hiasan diri pada asalnya lebih berfungsi sebagai simbol kedudukan dan kekuasaan seseorang dalam masyarakat. Namun, fungsi pakaian  dan hiasan semakin berkembang dan berubah mengikut peredaran zaman.
     Kemeja merupakan pakaian yang amat digemari pada masa sekarang. Ia mempunyai bentuk yang kemas dan menarik bagi si pemakai. Setiap rekaannya adalah berbeza dan sentiasa berubah mengikut pereka yang mempunyai idea yang tersendiri. Kemeja merupakan pakaian yang boleh disesuaikan dengan skirt, slek dan sarung. Pakaian ini mula dipakai pada tahun 1860. Kemeja direka dalam pelbagai stail dan boleh dipakai secara kasual atau formal bergantung kepada pilihan fabrik dan hiasan. Kemeja terbahagi kepada :
ü  Bahagian hadapan baju
ü  Bahagian belakang baju
ü  Kolar
ü  Lengan
ü  Mansit

CIRI-CIRI KEMEJA

     Kemeja pula merupakan pakaian bahagian atas. Pada asalnya kemeja ini dipakai oleh lelaki Amerika sebagai pakaian dalam sebelum memakai jaket atau kot. Pada pandangan orang British pula kemeja ialah pakaian yang mempunyai kolar, lengan panjang berkancing dan belah yang berkancing atau butang.Terdapat pelbagai cara untuk menggambarkan dan membezakan sesuatu kemeja.Perbezaan kecil mungkin disignifikasikan kepada perbezaan budaya dan juga pekerjaan seseorang.
ü  LISU PEMADAN
Ø  Lisu pemadan digunakan untuk menghilangkan gelembung dan sebagai hiasan pada badan belakang kemeja.
  

ü  BELAH BERTINDIH KELEPET

Belah
Bertindih
Kelepet
Kedudukan belah
Ciri fabrik
Kancing
Ciri belah bertindih kelepet yang dijahit dengan elok
Tengah hadapan
·                       Kemeja
·                       Blaus
·                       Skirt
·                       Nipis dan tegap
·                       Sederhana tebal
·                       Butang dan lubang butang
·                       Kedua-dua tepi belah sama panjang
·                       Lapik sama lebar keseluruhan
·                       Permukaan lapik rata
·                       Jahitan mesin lurus dan kukuh



ü  KOLAR KEMEJA

Kolar
Kemeja

Kegunaan
Kancing
Lapik dalam
Cirri kolar kemeja yang dijahit dengan elok
·                       Kemeja
·                       Jaket
·                       Butang dan lubang butang
·                       Kanvas
·                       Permukaan kolar dan tegak kolar rata
·                       Cantuman kolar dan tegak kolar rata
·                       Kolar bawah tidak kelihatan
·                       Bentuk kolar seimbang
·                       Penjuru kolar tirus
·                       Kolar dan tegak kolar sama lebar keseluruhan
·                       Cantuman pada garis leher rata



ü  KAF

Kaf

Kedudukan
Definisi
Cirri kaf yang dijahit dengan elok
·                       Kepingan fabric yang dijahit berasingan atau unjuran hujung lengan atau hujung kaki seluar yang dilipat ke atas
·                       Dijahit pada hujung lengan dan hujung kaki seluar yang mempunyai belah
·                       Ditekan rata
·                       Sama lebar keseluruhan
·                       Lapik dalam sesuai
·                       Bentuk elok


ü  LENGAN BISYOP
Lengan
bisyop
Rupa
Cirri lengan bisyop yang dijahit dengan elok
·                       Lengan panjang
·                       Rata pada kepala lengan
·                       Mempunyai kedut atau lisu pada hujung lengan
·                       Hujung lengan boleh disudahkan dengan kaf, kun atau kasing
·                       Bahagian kepala lengan diseratakan dengan elok
·                       Lengan tergantung dengan elok
·                       Jahitan kukuh
·                       Kelim keruk lengan dikemaskan dengan elok
·                       Kaf sama lebar keseluruhan
·                       Kedut atau lisu di hujung lengan seimbang
·                       Kedua-dua lengan sama panjang



ü  KELEPET KECIL

Kelepet kecil

Definisi
Kedudukan
Cirri kelepet kecil yang dijahit dengan elok
·                       Lipatan fabric untuk menyudahkan tepi pakaian
·                       Lebar siap 1-1.5cm
·                       Mata jahitan untuk menetapkan kelepet kecil ialah:
o    Jahit sembat
o    Sembat susup
o    Jahitan mesin
·                       Dijahit pada hujung pakaian yang melengkung seperti hujung skirt kembang payung
·                       Lebar sama keseluruhan
·                       Jahitan kukuh
·                       Rata



ü  BUTANG DAN LUBANG BUTANG
Ø  Lazimnya butang tanpa tangkai yang berlubang empat dijahit pada kemeja. Oleh kerana kemeja adalah pakaian longgar, lubang butang tegak dijahit pada belah bertindih kelepet. Lubang butang melintang dijahit pada bahagian yang sendat iaitu tegak kolar dan kaf. Lubang butang dijahit dengan mesin kerana jahitannya lebih kukuh.


BAHAN-BAHAN

1.                 Benang jahit:
ü  Warna benang hendaklah sepadan dengan warna fabric.
ü  Benang berwarna kontras boleh digunakan untuk menjahit tindih pada bahagian kolar, belah bertindih kelepet dan bahu mendatang.

2.                 Lapik dalam:
ü  Lapik dalam digunakan untuk memberi bentuk pada kolar, kaf dan boleh bertindih kelepet.
ü  Lapik dalam sederhana tebal sesuai digunakan pada bahagian kolar dan kaf.
ü  Lapik dalam nipis sesuai untuk bahagian belah bertindih kelepet.

3.                 Butang:
ü  Butang tanpa tangkai jenis berlubang empat dijahit pada kemeja.
ü  Butang bergaris pusat 1cm pada belah bertindih kelepet dan butang 7mm dijahit pada tegak kolar dan kaf.
ü  Pilih warna butang yang sepadan dengan warna fabric.

4.                 Bahan hiasan:
ü  Kemeja tidak perlu hiasan yang berlebihan.
ü  Bahan hiasan yang sesuai ialah benang berwarna kontras dengan warna fabric dan butang.


Comments

  1. MashaAllah, thank you so much for the ilmus. May Allah bless you always sebab permudahkan urusan saya semasa pembelajaran. Wish me luck! <3

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

DRAPING

1.1  SEJARAH DRAPING      Draping adalah proses mengubah reka bentuk pakaian menjadi bentuk 3 dimensi. Seni mengembalikan ke tarikh 3500 SM, bermula dengan Mesir Kuno. Fesyen Yunani diikuti dengan ciptaan silhouettes yang terbungkus seperti chiton, peplos, chlamys dan himation. Rom Purba mencipta draping, panjang kain yang membungkus dan mengikat badan.                      Sepanjang zaman, pakaian dikategorikan sebagai "dipasang" atau "terbungkus." Pakaian "dipasang" akan dijahit bersama dan dipakai dekat dengan tubuh, berbeza dengan pakaian "terbungkus", seperti draping yang tidak memerlukan jahitan. Dalam dunia fesyen hari ini, kedua-dua pakaian yang dipasang dan terbungkus boleh menggunakan proses draping.      Draping telah menjadi ciri beberapa pereka terkenal yang bermula dengan Madame Grès, yang dikenali sebagai "Ratu Drape". Koleksinya yang disempurnakan pakaian jersi sutera yang diilhamkan oleh Grecian menggunakan

PAKAIAN KONTEMPORARI

DEFINISI PAKAIAN KONTEMPORARI      Pakaian kontemporari bermaksud pakaian moden yang telah diubahsuai mengikut peredaran masa kini. Kontemporari rekaan pakaian lebih ringkas dengan gabungan ciri stail pakaian terkini. Gabungan warna polos dan bercorak dapat menaikkan seri pakaian. Hiasan tambahan seperti butang, labuci dan manic akan menyerlahkan lagi rekaan pakaian tersebut. Rekaan pakaian kontemporari sesuai dipakai untuk majlis-majlis tertentu. Ia juga sesuai dipakai untuk majlis rasmi atau tidak rasmi mengikut cirri stail pakaian.      Potongan ala blaus, ala kebaya, ala kurung dapat digabungkan dengan cirri stail pakaian lain bagi menaikkan seri si pemakai. Kombinasi pakaian kontemporari sesuai dipadankan dengan pelbagai variasi sarung atau skirt mengikut kesesuaian rekaan dan tujuannya. BAJU KURUNG MODEN      Baju Kurung Moden adalah antara variasi baju kurung. Baju Kurung Moden adalah pakaian yang telah mengalami perubahan mengikut gaya fesyen pada masa kini. L

SELUAR SLEK

PENGENALAN      Definisi Pakaian Kasual adalah pakaian santai, denim dan adakalanya western. Selain itu, pakaian kasual juga terdiri daripada blaus, skirt dan slek. Pakaian ini mula dipakai pada tahun 1860-an. Skirt ialah pakaian yang biasa digunakan dalam kehidupan seharian. Ia juga sesuai dipakai ketika bersiar-siar, berkelah dan juga ke pejabat. Kepelbagaian corak dan bentuk dapat menarik perhatian orang ramai untuk memiliki skirt. Blaus bermaksud baju pendek bagi orang perempuan di mana ukurannya dari leher ke punggung. Blaus juga boleh disesuaikan dengan skirt, slek dan sarung. Blaus direka dengan pelbagai stail dan boleh dipakai secara kasual atau formal bergantung pada pilihan fabrik dan hiasan.      Definisi Seluar Slek ialah seluar panjang. Slek merupakan pakaian yang sangat popular di pakai oleh golongan lelaki dan perempuan. Slek mula dipakai pada abad ke-18 bagi kaum lelaki dan abad ke-19 bagi kaum wanita. Slek boleh dipadankan dengan kemeja, blaus, jaket dan juga